MAIWP SUMBANG RM500 RIBU BIAYA PROJEK GEROBOK REZEKI

Saiz Tulisan :

mini 240000779 4606516616073294 7140349432611709230 n

29 Ogos- MAIWP dengan kerjasama Pertubuhan Keinsanan Malaysia (HUMANITY) mewujudkan satu inisiatif Gerobok Rezeki yang melibatkan 100 buah sekolah rendah dan menengah dari 11 buah parlimen di Kuala Lumpur.

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP ketika merasmikan program ini berkata “ia adalah historical moment, kita menggunakan tenaga pengajar sebagai jambatan kepada masyarakat, keluarga murid yang menerima bantuan ini mungkin juga selepas ini akan lebih dekat dengan guru-guru di sekolah..”.

En Mohamad Nizam Wahid, Pengerusi Pertubuhan Keinsanan Malaysia (HUMANITY) yang hadir menerima replika cek berjumlah RM500,000.00 dalam pada itu mengucapkan setinggi penghargaan atas keprihatinan MAIWP membantu masyarakat terutamanya keluarga pelajar menerusi program ini.

Program ini turut mendapat kerjasama Majlis Guru Besar Sekolah Persekutuan di mana akan melibatkan 100 buah sekolah di Wilayah Persekutuan dengan sasaran keluarga pelajar dari golongan B40 ke bawah yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Turut hadir Encik Mohd Nizam Haji Yahya Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Zainuddin Mohamad Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, SM Abdul Rahim Mohamad Timbalan Ketua Polis Balai Polis Kepong dan Azmi Haji Kusnin, Pengerusi Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan.

236937788_4606516642739958_6785636435559291395_n.jpg240422912_4606516582739964_3941577987571293727_n.jpg240331734_4606516589406630_8459378420922121319_n.jpg240464899_4606516619406627_8892572133109512288_n.jpgmini_240000779_4606516616073294_7140349432611709230_n.jpg240540181_4606516606073295_1762500245665372385_n.jpg240000779_4606516616073294_7140349432611709230_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP