TIGA KELUARGA ASNAF TERIMA KUNJUNGAN PENGERUSI MAIWP

Saiz Tulisan :

mini 213595835 4490390174352606 8864823422353421161 n

Kuala Lumpur, 21 Julai - Tiga keluarga penerima bantuan Baitulmal MAIWP telah menerima kunjungan daripada Datuk Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP pada petang ini.

Kunjungan tersebut adalah merupakan sebahagian daripada program agihan daging kurban yang diadakan secara ringkas di Surau Blok F, PPR Batu Muda, Kuala Lumpur.

Selain dapat bertanya khabar dan beramah mesra dengan penerima Bantuan, Datuk Mohd Daud Bakar juga menyerahkan sumbangan tunai kepada tiga keluarga terbabit.

Program ini adalah merupakan program kolaborasi yang julung kali diadakan antara MAIWP dan rakan strategik dalam mengagihkan daging kurban kepada masyarakat sekitar.

Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) menyumbangkan 3 ekor lembu manakala satu ekor lagi disumbangkan Al-Khairi Qurban & Akikah Sdn Bhd.

Turut sama dalam program hari ini ialah, YBhg. Dato' Mohd Sallehuddin Hassan, Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti Dan Antirasuah Nasional Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli MAIWP dan juga merupakan Presiden Persatuan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik.

Orang ramai mahupun badan-badan korporat dan NGO boleh membuat sumbangan kepada MAIWP agar MAIWP dapat mengagihkan sumbangan anda kepada mereka yang amat memerlukan.

#maiwptv #baitulmal #MAIWPPRIHATIN
#KASIHASNAF
#KamiAda
#komunitiMAIWP

212339884_4490390201019270_5788806171851642402_n.jpg214958232_4490390181019272_7783353910066826584_n.jpg217703803_4490390184352605_3047055982446224352_n.jpg217629083_4490390167685940_3281404223115796953_n.jpg211508300_4490390191019271_3199571887976681101_n.jpg212764911_4490390154352608_3946938003881959646_n.jpg213595835_4490390174352606_8864823422353421161_n.jpgmini_213595835_4490390174352606_8864823422353421161_n.jpg218065577_4490390147685942_2705904047077328406_n.jpg217850214_4490390151019275_4883951160248605284_n.jpg217392042_4490390197685937_408539555357723759_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP