MAIWP SALUR SUMBANGAN PETROL KEPADA PHAILING (RIDER)

Saiz Tulisan :

mini 216275776 4484185554973068 4395866924480903560 n

Kuala Lumpur, 19 Julai – Menjiwai denyut nadi rakyat yang kini dalam kesusahan terutama di Wilayah Persekutuan, MAIWP terus mempergiatkan usaha untuk membantu golongan yang terjejas bagi meringankan beban yang dihadapi.

Pada hari ini, Gimik sumbangan petrol percuma kepada P Hailing atau Rider penghantar makanan dan barangan telah diadakan di Dewan Seminar, Bangunan Perkim Kuala Lumpur.

Simbolik penyerahan replika cek sumbangan ini telah disampaikan oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, kepada Encik Muhammad ZulHelmi Mansor, Pengerusi Penghantar P Hailing Malaysia.

Encik Muhammad ZulHelmi yang ditemui MAIWP menzahirkan penghargaan kerana golongan rider mendapat perhatian daripada MAIWP.

" Terima kasih kepada MAIWP kerana telah membantu golongan kami yang terjejas pendapatan ekoran pandemik COVID-19. Sumbangan ini amat membantu kami", ujar beliau.

Penerima bantuan bakal menerima RM30 petrol percuma di stesen minyak Petronas yang terpilih.

MAIWP telah memperuntukan jumlah keseluruhan sebanyak RM20,000 meliputi seramai 666 rider di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Melalui bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka yang terjejas pendapatan.

Hadir sama pada program ringkas ini Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Encik Ahmad Saifuddin, Timbalan Pengurus Bahagian Baitulmal MAIWP.

#maiwptv #zakat #baitulmal #ppzmaiwp #MAIWPPRIHATIN
#KASIHASNAF
#KamiAda

 
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP