300 BEKALAN MAKANAN ASAS DAN WANG TUNAI DIAGIHKAN MAIWP DI APARTMENT SRI RAKYAT, BUKIT JALIL.

Saiz Tulisan :

mini 216189596 4481557861902504 7985735439392514897 n

Warga kerja MAYBANK telah menyalurkan RM45,000 dana zakat wakalah melalui potongan zakat bulanan majikan kepada PPZ-MAIWP untuk diagihkan melalui Program MAIWP Prihatin Kasih Asnaf 3.0.

Sumbangan hari ini memperlihatkan sebanyak 300 pek sumbangan dan wang tunai diagihkan di Apartment Sri Rakyat, Bukit Jalil yang masih lagi menjalani PKPD.

Pada lokasi akhir siri Agihan Dana Wakalah Zakat MAWP Prihatin Kasih Asnaf 3.0 ini, Datuk Dr Mohd Daud Bakar telah menyerahkan sumbangan wang tunai dan kotak keperluan asas kepada wakil Jabatan Kemajuan Masyarakat sambil diiringi oleh Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, Ahli MAIWP.

Turut hadir, Datuk Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, dan Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.

Orang ramai mahupun syarikat yang ingin membantu melalui dana zakat wakalah secara individu mahupun syarikat boleh berbuat demikian melalui PPZ-MAIWP.

Salurkan zakat anda secara atas talian meng

ikut 6 pilihan saluran seperti di dalam link ini :
http://bit.ly/saluranzakat

216157330_4481557878569169_7609742042623897511_n.jpg215752357_4481557875235836_7633478872141834558_n.jpg216080633_4481557865235837_9092448408355084522_n.jpg216189596_4481557861902504_7985735439392514897_n.jpgmini_216189596_4481557861902504_7985735439392514897_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!