DANA WAKALAH ZAKAT BANTU PENDUDUK TERJEJAS DI SEGAMBUT DALAM

Segambut, 3 Julai- Seramai hampir 300 buah keluarga disantuni MAIWP dan PPZ melalui Program MAIWP Prihatin Kasih Asnaf 3.0 - Siri 1 di Segambut Dalam Kuala Lumpur.
Setiap keluarga menerima bantuan barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak, gula dan lain-lain lagi selain turut menerima dua ekor ayam yang telah siap diproses.
Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Daud Bakar kepada wakil penduduk yang hadir pada hari ini.
MAIWP juga turut teruja apabila YBhg Datuk Kolonel Nazim bin Mohd Alim , Setiausaha Sulit Kanan kepada DYMM SPB YDP Agong hadir bersama bagi menyerahkan sumbangan peribadi daripada YDP Agong kepada penduduk yang terjejas.
Hadir sama pada majlis ringkas ini, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Abdul Hakim Amir Osman.
Objektif serahan bantuan ini adalah untuk membantu penduduk menghadapi saat getir apabila Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan mulai 3 julai 2021.
Siri Program MAIWP Prihatin Kasih Asnaf 3.0 akan diteruskan ke beberapa lokasi untuk menyantuni mereka yang terjejas agar setiap rumah di Wilayah Persekutuan tidak terputus bekalan makanan.
Memacu Kegemilangan Ummah