PENGUSAHA BAS DAN VAN SEKOLAH DAPAT PERHATIAN MAIWP

Saiz Tulisan :

mini 201878642 4408511992540425 8741125258234862027 n

Pada hari ini, MAIWP meneruskan kesinambungan penyerahan inisiatif di bawah Bantuan MAIWP Prihatin-Kasih Asnaf 3.0 kepada Pengusaha dan pemandu bas/van sekolah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM400,000.

Replika cek simbolik penyerahan disampaikan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Daud Bakar kepada Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bumiputera Kuala Lumpur dan Selangor, Encik Amali Munif Rahmat.

Hadir menyaksikan simbolik penyerahan replika cek ini, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya.

Encik Amali Munif ketika ditemui berkata, inisiatif yang diberikan oleh MAIWP ini bakal diterima oleh 800 orang pemandu dan pengusaha van/bas sekolah di Wilayah Persekutuan.

"Setiap seorang akan menerima RM500.00 secara one-off yang akan disalurkan kepada Persatuan kami".

"Terima Kasih MAIWP kerana memberi bantuan kepada kami secara one-off dan membantu kami yang hilang punca pendapatan sejak tahun lalu,"ujar Encik Amali Munif.

Inisiatif yang diumumkan oleh MAIWP pada hujung Mei lalu, bakal membantu meringankan beban pengusaha bas dan van sekolah yang terjejas pendapatan 100% bermula pada ketika Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP 1.0) pada Mac tahun 2020.

Terima kasih pembayar zakat Pusat Pungutan Zakat, amanah anda MAIWP Laksanakan.

mini_201878642_4408511992540425_8741125258234862027_n.jpg204627157_4408511982540426_4131074331654630618_n.jpg201878642_4408511992540425_8741125258234862027_n.jpg202341560_4408511989207092_8605569179426126262_n.jpg202700368_4408511979207093_4083218341567006836_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!