PENGUSAHA DAN KAKITANGAN KANTIN TERIMA INISIATIF DARIPADA MAIWP

Saiz Tulisan :

mini

MAIWP memperuntukkan 1.2 juta untuk diagihkan kepada 2,400 orang penerima yang terdiri daripada 470 orang pengusaha kantin dan 1,930 pekerja kantin di Wilayah Persekutuan.

Sumbangan akan disalurkan kepada Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia dan setiap daripada penerima akan menerima RM500.00 secara one-off. Penyerahan replika cek simbolik telah disampaikan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Daud Bakar kepada Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia, Hamzah Omar dan disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary.

YB Datuk Ahmad Marzuk ketika ditemui berkata, MAIWP telah menjalankan amanah yang diberi oleh pembayar zakat dengan baik dan sering menjadi harapan buat golongan yang terjejas mendapatkan bantuan. "Bantuan yang disalurkan ini bertepatan dengan keadaan semasa, di mana golongan yang disantuni ini sangat terkesan dengan situasi semasa", ujar YB Datuk Ahmad Marzuk.

Penyampaian inisiatif kepada pengusaha dan kakitangan katin sekolah ini merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan oleh MAIWP bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) 3.0.

Besar harapan MAIWP agar bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban pengusaha dan kakitangan sekolah meneruskan kelangsungan setelah kerajaan mengumumkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah(PdPR).

Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Nizam Haji Yahya dan Pengurus Bahagian Baitulmal MAIWP, Encik Ahmad Talmizi Yahaya.

mini.jpegWhatsApp_Image_2021-06-18_at_10.01.49_1.jpegWhatsApp_Image_2021-06-18_at_10.01.49.jpegWhatsApp_Image_2021-06-18_at_10.01.49_2.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!