MAIWP SUNTIK RM2.005 JUTA KEPADA YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA (YKN)

Saiz Tulisan :

mini 201365138 4389639551094336 4648806855780423756 n

MAIWP menyalurkan RM 2.005 Juta kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) melalui inisiatif Program MAIWP Prihatin - Kasih Asnaf 3.0.

Replika cek simbolik telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya kepada Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Puan Noordina Haron.
Penyerahan ini disaksikan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Daud Bakar.

Puan Noordina yang ditemui berkata bantuan yang diterima daripada MAIWP ini akan diagihkan kepada orang kelainan upaya (OKU) melalui beberapa medium antaranya medium pendidikan, peralatan perubatan dan bantuan kewangan.

"Terima kasih MAIWP atas dana yang diberikan dan YKN akan menyalurkan dana tersebut dengan sebaiknya", ujar Puan Noordina.
Seramai 4,010 orang OKU beragama Islam dan bukan beragama Islam di Wilayah Persekutuan akan menerima manfaat dari inisiatif ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.005 juta.

Terima kasih pembayar zakat @pusatpungutanzakat, amanah anda MAIWP laksanakan.

mini_201365138_4389639551094336_4648806855780423756_n.jpg201365138_4389639551094336_4648806855780423756_n.jpg192897110_4389639554427669_525876862039296932_n.jpg193546713_4389639547761003_9192872890885122013_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!