PENYERAHAN REPLIKA CEK KEPADA PEMANDU TEKSI

Saiz Tulisan :

mini 195384541 4372935272764764 4431638495703957326 n

Kuala Lumpur, 9 Jun - MAIWP meneruskan pemberian Bantuan Zakat Khas melalui 11 inisiatif bagi meringankan beban golongan asnaf dan B40 yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) 3. 0.

Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata bantuan zakat menerusi Program MAIWP Prihatian–Kasih Asnaf 3.0 dengan peruntukan RM38.9 juta ini akan memberi manfaat kepada 75,210 penerima di Wilayah Persekutuan.

Pada hari ini, MAIWP telah menyampaikan Inisiatif pertama iaitu Sumbangan Kewangan kepada Pemandu Teksi bernilai RM500 untuk setiap seorang dan bakal memberi manfaat kepada 3,500 pemandu teksi dengan jumlah peruntukan RM1.75 juta.

Replika cek simbolik penyerahan sumbangan disampaikan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar kepada Pengerusi Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM), Encik Kamaruddin Mohd Hussain.

Encik Kamaruddin yang ditemui berkata beliau amat terharu atas sumbangan yang disalurkan oleh MAIWP kerana bantuan disalurkan di saat pemandu teksi hilang punca pendapatan ekoran pandemik COVID-19.

Dana ini akan disalurkan kepada akaun GTSM dan akan diagihkan kepada pemandu teksi yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan menetap di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Hadir sama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya.

Terima kasih pembayar zakat Pusat Pungutan Zakat, Amanah Anda MAIWP Laksanakan.

196066555_4372935186098106_8105534219042582413_n.jpg198261451_4372935056098119_2210879061081874798_n.jpg195384541_4372935272764764_4431638495703957326_n.jpg195951451_4372935192764772_2357535938084467841_n.jpg198618218_4372935062764785_2458913531381825236_n.jpg198261451_4372935056098119_2210879061081874798_n_1.jpgmini_DSC00280.jpg

Albums

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!