495 PELAJAR DARI TIGA INSTITUT MAIWP TERIMA BANTUAN AIDILFITRI BERJUMLAH RM129,000

Saiz Tulisan :

mini DSC01472

Kuala Lumpur, 4 Mei - MAIWP telah menyalurkan RM129,000 khusus untuk sumbangan Aidilfitri kepada 300 pelajar Darul Kifayah, 166 pelajar Pondok Moden Al-‘Abaqirah (PMA) dan 29 pelajar Ma’alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN).

Pelajar MSN dan PMA akan menerima RM200 manakala pelajar Darul Kifayah menerima RM300 secara tunai. Mereka turut dihidangkan dengan juadah berbuka puasa iaitu set KFC sumbangan QSR Brands.
Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Tahun 2021M/ 1442H telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar di dewan Darul Kifayah Batu Muda Kuala Lumpur.
Pada majlis tersebut, Datuk Dr. Daud Bakar berkata, MAIWP sentiasa prihatin terhadap kebajikan para pelajarnya kerana melalui medium pendidikan kehidupan asnaf lebih terjamin.
"MAIWP sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan para pelajar di bawah seliaannya. Antara bantuan yang disalurkan kepada pelajar di tiga institusi ini ialah bantuan makanan, bantuan wang saku, bantuan awal persekolahan dan bantuan Aidilfitri".
Beliau turut berharap agar inisiatif yang disalurkan MAIWP dapat digunakan dengan sebaik mungkin oleh para pelajar.
Hadir sama pada majlis tersebut, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya yang kini menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

mini_DSC01472.jpgDSC01472.jpgDSC01481.jpgDSC01487_1.jpgDSC01425_1.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP