DUA IBU TUNGGAL DISANTUNI PENGERUSI MAIWP

Saiz Tulisan :

mini 175657567 4233899223335037 6031614818198654275 n

Wangsa Maju, 24 April - Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar bersama Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP menyantuni dua buah keluarga ibu tunggal yang menetap di Wangsa Maju.

Puan Wan Nor Fazilah Muhammad Saad terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga ayahnya yang terlantar sakit akibat penyakit angin ahmar sejak empat tahun lalu.
Beliau kini menyewa di Flat Taman Melati, Setapak bersama empat orang anaknya yang berusia 14 hingga 20 tahun dan perbelanjaan bulanan mereka ditanggung oleh anak sulung Puan Fazilah.
Manakala keluarga kedua Puan Siti Hajar Mohamad Ripaia bekerja sebagai pengawal keselamatan hanya mampu menyewa sebuah bilik berkeluasan 80 kaki persegi menetap bersama tiga anaknya yang berusia antara tiga dan 8 tahun.
Ketika beliau keluar mencari nafkah, beliau terpaksa meninggalkan anaknya di rumah dan dipantau oleh jiran berhampiran.
Kedua-dua keluarga ini amat bersyukur kerana MAIWP hadir di saat mereka putus harapan dan hilang arah.
Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Daud telah menyampaikan kit makanan dan borang bantuan yang diperlukan bergantung kepada keperluan keluarga ini.
Datuk Dr. Daud turut menyeru orang ramai bersama-sama MAIWP dapat membantu menyampaikan maklumat melalui Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJa) mengenai insan yang terjejas di sekitar Wilayah Persekutuan agar golongan ini dapat disantuni segera.

mini_175657567_4233899223335037_6031614818198654275_n.jpg176110184_4233899430001683_8856967397713095424_n.jpg176608708_4233899500001676_3491210010630628799_n.jpg177221862_4233898973335062_4877728350814772326_n.jpg175657567_4233899223335037_6031614818198654275_n.jpg177806270_4233899356668357_2599669078056802707_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP