186 PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL(IKB) TERIMA BANTUAN HARI RAYA BERJUMLAH RM55,800.

Saiz Tulisan :

mini 180982953 4259976747393951 898654996586534406 n

Cheras, 3 Mei - Seramai 186 pelajar Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP telah menerima sumbangan Aidilfitri sebanyak RM300 tunai untuk setiap seorang pelajar dengan jumlah keseluruhan RM55,800.

Majlis sumbangan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar pada Majlis berbuka puasa Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP yang telah diadakan di Dewan Ibnu Jamaah IKB Kuala Lumpur.
Datuk Dr. Mohd Daud dalam ucapannya berkata, Penubuhan IKB adalah bertujuan membasmi kemiskinan khasnya di Wilayah Persekutuan melalui latihan-latihan kemahiran yang merupakan salah satu bentuk pendidikan sepanjang hayat. Ini kerana dengan ilmu kemahiran yang ada, pelajar yang menamatkan pengajian akan keluar menjadi suri teladan kepada masyarakat amnya dan pelapis IKB khasnya.
Dalam ucapannya juga, beliau menegaskan IKB perlu smart, trendy, dan kekal relevan dengan keperluan semasa.
IKB merupakan sebuah institusi pendidikan milik MAIWP yang bertujuan menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan berpendapatan rendah yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan.
Hadir sama pada program ini, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya yang kini menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Encik Mahadi Sukarno dan ahli MAIWP.
Pada majlis ini juga, pihak QSR Brands berbesar hati menyumbang juadah istimewa KFC untuk semua para pelajar IKB.

mini_180982953_4259976747393951_898654996586534406_n.jpg178645785_4259977334060559_59055935039554844_n.jpg180982953_4259976747393951_898654996586534406_n.jpg180214102_4259977440727215_785333669083597668_n.jpg180438157_4259976490727310_2023394593158581632_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP