MAIWP SENTIASA ADA UNTUK ASNAF

Saiz Tulisan :

mini 180578776 4262911757100450 171344577856003344 n

Putrajaya, 4 Mei - MAIWP menyantuni 50 penerima bantuan Baitulmal di sekitar Putrajaya di bawah Program Ramadan MAIWP Bersama Komuniti Siri-4.

Majlis telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Surau Al-Muttaqin, Presint 5 Putrajaya.
Pada majlis tersebut YB Senator Datuk Dr. Zulkifli telah menyampaikan sumbangan wang tunai RM100 serta pek makanan sumbangan rakan strategik MAIWP iaitu QSR Brands (M) Holding Bhd dan Lotus's Stores (Malaysia) Sdn Bhd, kepada asnaf yang hadir.
"Usaha seperti ini usaha yang baik kerana menzahirkan MAIWP berada dalam komuniti dan sebagai salah satu agensi yang memberi bantuan kepada mereka yang layak dan berhak," kata YB Senator Datuk Dr. Zulkifli kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada asnaf.
Tambah beliau Program Ramadan MAIWP Bersama Komuniti itu perlu diuar-uarkan supaya orang ramai nampak usaha MAIWP dalam menyalurkan wang zakat kepada mereka yang memerlukan dan layak.
"Apa yang MAIWP buat, kadang-kadang orang tak nampak. Sedangkan sejak saya menjadi mufti lagi, saya nampak MAIWP ini sentiasa kerja bersungguh dan tak menang tangan menyantuni asnaf,".
Turut hadir Pengerusi MAIWP Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya yang kini menanggung tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Encik Mahadi Sukarno.

mini_180578776_4262911757100450_171344577856003344_n.jpg180633633_4262912047100421_1967033700873742206_n.jpg180578776_4262911757100450_171344577856003344_n.jpg180633627_4262912240433735_2302651230369713426_n.jpg179171813_4262911773767115_2135667797392693733_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP