BANTUAN AIDILFITRI RM20.09 JUTA DIPERUNTUKKAN KEPADA 28,700 ASNAF

Saiz Tulisan :

mini 180875921 4266509450074014 4596312991972110914 n 1

Kuala Lumpur, 6 Mei - Khabar gembira buat 28,700 penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP apabila menerima bayaran tambahan khas berjumlah RM700 untuk setiap seorang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Kegembiraan tersebut turut di kongsi oleh 670 pelajar di Institusi pendidikan MAIWP yang turut menerima RM300 setiap seorang. Ia menjadikan jumlah keseluruhan yang diperuntukkan oleh MAIWP untuk sumbangan Aidilfitri ini mencecah RM20.3 Juta.
Perkara ini dinyatakan Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar pada Program Ramadan MAIWP Bersama Komuniti (Iftar Perdana Asnaf) yang diadakan di Pusat Komuniti Intan Baiduri Kuala Lumpur.
Pada program tersebut turut disampaikan wang tunai RM500 kepada 100 orang asnaf yang disumbangkan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia.
Selain bantuan tunai, MAIWP turut menyampaikan barangan keperluan makanan yang bernilai RM100.00 setiap satu yang disumbangkan oleh QSR Brands yang diwakili oleh Encik Hayazi Darus selaku Ketua Syariah dan Halal QSR Brands (M) Holding Bhd dan Pengarah Urusan Pasta Panas Food Beverage (PPFB) Sdn Bhd, Encik Muhammad Amiesh Mohd Remmy sebagai rakan strategik dalam program ini.
Turut hadir pada program ini, Timbalan Ketua Pegawai Esekutif (Operasi) MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya yang kini menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Encik Mahadi Sukarno dan ahli MAIWP.

mini_180875921_4266509450074014_4596312991972110914_n_1.jpg182530548_4266509893407303_5128787399463789519_n.jpg180673540_4266509920073967_8325775358714122981_n.jpg180875921_4266509450074014_4596312991972110914_n.jpg180588458_4266510193407273_6949922579405149076_n.jpg180875921_4266509450074014_4596312991972110914_n_1.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP