MAIWP SALUR RM1.06 JUTA KEPADA 11 BUAH HOSPITAL

Saiz Tulisan :

mini 180361492 4259336474124645 1009049429250058032 n

Kuala Lumpur, 3 Mei - MAIWP telah menyalurkan RM1.06 juta kepada 11 buah hospital dan Pusat Perubatan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sumbangan disalurkan melalui Tabung Kebajikan Hospital.

Majlis sumbangan ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri di Auditorium Hospital Kuala Lumpur.
YB Senator Datuk Dr. Zulkifli dalam ucapannya mengharapkan agar sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dalam membantu pesakit yang kurang berkemampuan dan penyediaan kemudahan dan peralatan perubatan untuk manfaat pesakit.
“Diharapkan sumbangan ini dapat dimanfaatkan oleh hospital dan institusi kesihatan untuk membantu pesakit kurang berkemampuan yang memerlukan peralatan perubatan, pembelian ubatan khas dan bantuan am seperti pembedahan atau rawatan susulan,” ujar YB Senator Datuk Dr. Zulkifli pada sesi sidang media program tersebut.
Selain bantuan secara langsung kepada asnaf melalui Skim Bantuan Perubatan, MAIWP sebelum ini turut menyalurkan dana kepada 7 buah hospital sebanyak RM3.27 juta di bawah Bantuan Musaadah COVID -19 bagi pembelian peralatan perubatan untuk menampung kekurangan peralatan sedia ada dalam menangani penularan wabak COVID-19.
MAIWP juga dalam masa terdekat akan membekalkan kit barangan makanan kepada 9 buah hospital yang mengendalikan kes - kes COVID-19 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM4.8 juta.

mini_180361492_4259336474124645_1009049429250058032_n.jpg180361492_4259336474124645_1009049429250058032_n.jpg180363092_4259336400791319_2936495067466392617_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP