TIGA KADAR ZAKAT FITRAH RM5/ RM7/ RM14 UNTUK WILAYAH PERSEKUTUAN

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2021 04 09 at 11.13.05

Kuala Lumpur – MAIWP telah menetapkan tiga kadar zakat fitrah pada tahun ini bagi pembayar zakat di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan iaitu kadar RM5 bagi golongan biasa, RM7 bagi golongan berkemampuan dan RM14 bagi golongan yang mampu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamaad Al-Bakri berkata, ketiga-tiga kadar itu telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan.

“Kadar wajib zakat fitrah tahun ini ialah sebanyak RM5 dan jumlah tersebut ditetapkan untuk meringankan beban umat Islam kurang berkemampuan dalam menunaikan kewajipan itu ketika Covid-19.

“Dua lagi kadar ialah RM7 dan RM14 ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan selain ingin membayarnya secara gandaan mengikut beras dimakan,” Ujar YB Senator Datuk Dr. Zulkifli.

Selari dengan norma baharu, MAIWP turut memperkenalkan kaedah pembayaran secara dalam talian yang boleh di akses melalui laman web rasmi MAIWP www.maiwp.gov.my.

 

Pelbagai platform pembayaran disediakan antaranya ePay MAIWP, SnapNPay, e-wallet Boost, JomPAY dan juga melalui laman sesawang PPZ di fitrah.zakat.com.my. Setiap amil juga akan diberikan QR Code yang boleh diimbas untuk transaksi tanpa tunai.

 

Beliau berkata demikian pada majlis Penyampaian Bantuan Ihya’ Ramadan dan Watikah Pelantikan Ketua Amil serta Amil Zakat di Masjid Wilayah Persekutuan.

Hadir sama pada majlis ini, Pengarah Jabatan Agama Wilayah Perekutuan (JAWI), Datuk Haji Mohd Ajib Ismail dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP yang menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Nizam Haji Yahya.

mini_WhatsApp_Image_2021-04-09_at_11.13.05.jpegWhatsApp_Image_2021-04-09_at_11.12.33.jpegWhatsApp_Image_2021-04-09_at_11.13.05_1.jpegWhatsApp_Image_2021-04-09_at_11.13.03.jpegWhatsApp_Image_2021-04-09_at_11.13.05.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP