RM9.23 JUTA DANA ZAKAT DISUNTIK KE MASJID DAN SURAU SEMPENA RAMADAN.

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2021 04 09 at 11.11.15

Kuala Lumpur - MAIWP telah memperuntukkan RM9.23 juta dana zakat yang akan disalurkan melalui sumbangan Ihya' Ramadan 2021 yang bertujuan membantu menggerakkan aktiviti pengimarahan Ramadan untuk tahun ini.

Majlis Bantuan Ihya Ramadan telah disempurna oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamaad Al-Bakri di Dewan Utama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamaad Al-Bakri yang ditemui pada sidang media berkata sumbangan Ihya’ Ramadan akan dimanfaatkan oleh 790 buah masjid, surau jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

"MAIWP akan menyalurkan sebanyak RM15,000.00 kepada masjid, RM12,500.00 kepada surau jumaat, dan RM11,000.00 kepada surau biasa", ujar YB Senator Datuk Dr. Zulkifli.

Pada majlis ini, YB Senator Datuk Dr. Zulkifli turut menyampaikan mock cek Bantuan Ihya Ramadan dan Dapur It’am Ramadan kepada wakil di setiap zon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Program Dapur It’am Ramadan diteruskan pada bulan Ramadan tahun ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 juta kepada 24 buah masjid dan 46 buah surau yang terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

mini_WhatsApp_Image_2021-04-09_at_11.11.15.jpegWhatsApp_Image_2021-04-09_at_11.11.14_1.jpegWhatsApp_Image_2021-04-09_at_11.11.14.jpegWhatsApp_Image_2021-04-09_at_11.11.15.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP