BERSATULAH WARGA MAIWP

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2021 03 30 at 15.17.59

30 Mac- MAIWP telah mengadakan Perhimpunan Bulanan MAIWP Mac 2021 bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, YBrs. Encik Mohd Nizam bin Haji Yahya.

Beliau yang kini menanggung tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP berulang kali menyeru warga MAIWP untuk bersatu semasa berucap kepada warga MAIWP yang hadir.

“Saya menyeru kepada saya sendiri dan kepada kita semua untuk mengeratkan hubungan sesama kita dan bersatu dalam setiap apa yang kita laksanakan.”

“Hargai mereka yang berada bersama kita dan raikan kekurangan. Kita harus menyokong dan mendokong antara satu sama lain ke arah menaikkan imej MAIWP sebagai agensi pengurusan Islam yang disegani,” ujar beliau lagi.

“Jangan jadi seperti gunting, bergerak tetapi memutuskan. Tapi jadilah seperti jarum, walaupun ia bergerak menusuk, tetapi menyatukan.”

“Ketepikan soal hati sebaliknya letakkan profesionalisme, kejujuran dan kebertanggungjawaban dalam melaksanakan tugas di MAIWP ini,” tambah beliau.

Majlis ini turut menyampaikan cenderamata kenangan kepada 2 orang guru Tadika Islam yang bersara iaitu Puan Zuriah bt Ismail dan Puan Nahwani Ibrahim.

Selain itu, seramai 12 orang warga MAIWP menerima Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan iaitu bagi bulan November & Disember 2020 dan Januari 2021.

Turut hadir pada program ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Encik Mahadi Sukarno dan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan, Encik Mohd Fauzi bin Abidin


AdmirorGallery 5.0.0, author/s Vasiljevski & Kekeljevic.
Secured & Audited by: Security Audit Systems
FaLang translation system by Faboba