MANGSA INSIDEN KEBOCORAN GAS TERIMA DIPLOMA PICOMS SECARA ANUMERTA

Saiz Tulisan :

mini 163305975 4151062484952045 3521137343480247847 o

Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS telah menyampaikan Anugerah Diploma secara anumerta kepada waris tiga pelajarnya yang meninggal dunia akibat insiden kebocoran gas karbon monoksida yang menggemparkan negara.

Mereka mengalami keracunan gas tersebut ketika tidur berehat di dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kedah. Kejadian yang meragut nyawa itu berlaku pada 16 September 2020.

Anugerah Diploma secara anumerta itu telah disampaikan di Majlis Perasmian Konvokesyen Kali ke 11 bertempat di PICOMS City Campus, Menara Bank Rakyat, Jalan Tangsi, Kuala Lumpur yang berlangsung 27 Mac baru-baru ini.

Majlis Konvokesyen ke-11 PICOMS ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB. Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Seramai 1,111 graduan daripada pelbagai jurusan turut diraikan menerima sijil dan Diploma masing-masing selain hadiah iringan berupa sijil penghargaan dan piala.

Turut diadakan pada majlis hari ini adalah simbolik perasmian cawangan City Campus PICOMS yang telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.

Cawangan City Campus Kolej PICOMS ini bakal beroperasi secara berperingkat bermula April tahun 2021.

163305975_4151062484952045_3521137343480247847_o.jpg163593507_4151062541618706_5550079474605409553_o.jpg164057758_4151062974951996_2325079377485557728_o.jpg163066944_4151062061618754_8463633448421430791_n.jpg164432203_4151062274952066_2558498186712058863_o.jpg162888416_4151063011618659_5475334007357257764_o.jpg163440662_4151062528285374_3121051783369032739_o.jpg164513326_4151062324952061_8205025805282224066_o.jpg165233126_4151062584952035_3514462532246417171_o.jpg165567111_4151062408285386_3676412640495316457_o.jpgmini_163305975_4151062484952045_3521137343480247847_o.jpg165885122_4151062188285408_737541557892654530_n.jpg163568266_4151062464952047_1268606582860812009_o.jpg165624511_4151062734952020_94335149864956249_o.jpg164658661_4151063051618655_5883047480108550228_o.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP