SIFAR ASNAF DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Saiz Tulisan :

mini 165430107 4146344868757140 4049542033529191804 n

Seramai tujuh orang penerima Bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP telah menerima Anugerah Ikon Usahawan Baitulmal MAIWP pada hari ini.

Mereka dipilih menerima anugerah tersebut apabila bantuan yang diterima telah dimanfaatkan sebaik mungkin dalam mengembangkan perniagaan dan kini mereka telah menjadi pembayar zakat.

 

Anugerah telah disampaikan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah dalam Program Transformasi Asnaf (PROTAJ) Baitulmal MAIWP yang diadakan di ibu pejabat MAIWP.

Mereka menerima wang tunai berjumlah RM1,000, sijil dan cenderahati khas daripada Pengerusi MAIWP iaitu novel tulisan beliau bertajuk “Dhuha”

Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar berkata, melalui medium perniagaan taraf hidup asnaf juga dapat diubah dan menjadi lebih baik.

Sebagai Pengerusi MAIWP, beliau ingin melihat MAIWP dapat memainkan peranan membantu golongan asnaf dengan berkesan dan menyeluruh serta mensasarkan untuk merealisasikan Sifar Asnaf di Wilayah Persekutuan ini.

Penerima Anugerah Ikon Usahawan Baitulmal adalah:

1) Faizzul Hakim Abdul Razak, mengusahakan perniagaan snacking & cookies dengan pendapatan tahunan RM257,735.00.

2) Shamsul Jamaludin, mengusahakan perniagaan kuey teaw kerang dengan pendapatan tahunan RM135,129.00.

3) Rozilawati Ismail, mengusahakan perniagaan cendol sawit dengan pendapatan tahunan RM127,201.01.

4) Cik Siah Awang, mengusahkan perniagaan aneka ketupat palas, makanan panas, dan tradisional dengan pendapatan tahunan RM118,741.70.

5) Zulaini Sidek, mengusahakan perniagaan burger, western, kek dan kuih-muih dengan pendapatan tahunan RM100,864.05.

6) Enson Md Hasim, mengusahkan perniagaan kacang salut, kuah rojak dan kedai makan dengan pendapatan tahunan RM 92,406.00.

7) Md Isa Hamat, mengusahakan perniagaan muruku dengan pendapatan tahunan RM 82,690.15.

mini_165430107_4146344868757140_4049542033529191804_n.jpg165411916_4146343878757239_9005121522631309690_n.jpg165430107_4146344868757140_4049542033529191804_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP