BANTUAN MODAL BERNIAGA KEPADA YANG TERJEJAS

Saiz Tulisan :

mini 163601750 4143732235685070 7169494398110430901 o

Kuala Lumpur – MAIWP pada hari ini telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi bantuan baharu iaitu Musa’adah Tijariyyah yang mensasarkan 5,000 orang penerima.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dalam Program Transformasi Asnaf Jaya (PROTAJ) Baitulmal MAIWP yang diadakan di Dewan Seminar ibu pejabat MAIWP.

“Dua perkataan Bahasa Arab ini (Musa’ adah Tijariyyah ) bermaksud bantuan untuk tujuan perniagaan yang mana MAIWP akan membantu penerimanya dengan menyalurkan bantuan modal daripada dana zakat,” kata beliau semasa berucap di majlis tersebut

Tambah beliau, bantuan ini adalah bertepatan dengan era COVID-19 di mana ramai yang hilang pekerjaan dan terjejas pendapatan.

“Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai di luar sana yang terjejas dan hilang pendapatan. Apabila ini berlaku, mereka yang dahulunya berada jauh daripada sempadan asnaf, kini termasuk dalam golongan asnaf.”

“Mereka ingin bangkit dan melihat ada ruang untuk mencari pendapatan menerusi perniagaan. Namun kewangan menjadi penghalang.”

Oleh itu, bantuan ini akan memberikan modal perniagaan kepada mereka yang ingin memulakan/ mengembangkan perniagaan.

Menurut beliau lagi, para peserta juga akan diberikan kursus asas keusahawanan yang menjadi pra syarat sebelum bantuan disalurkan. Kursus ini membolehkan para peserta membuat persediaan dan perancangan baik dari sudut kewangan dan emosi sebelum memulakan perniagaan.

Permohonan Musa’adah Tijariyyah ini mula dibuka pada 25 Mac 2021 sehingga 5 April 2021 yang boleh dipohon secara dalam talian di laman web MAIWP atau menerusi kaunter Baitulmal MAIWP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

163601750_4143732235685070_7169494398110430901_o.jpg162528552_4143732402351720_6275252172622427979_o.jpg163156679_4143732435685050_3945041723682953525_o.jpg165084348_4143732319018395_8030068461499947027_o.jpgmini_163601750_4143732235685070_7169494398110430901_o.jpg


AdmirorGallery 5.0.0, author/s Vasiljevski & Kekeljevic.
Secured & Audited by: Security Audit Systems
FaLang translation system by Faboba