RAKAN INDUSTRI DISERU TAMPIL BEKERJASAMA LATIH ANAK ASNAF

Saiz Tulisan :

 

mini 162366196 4143809175677376 6147332880644062900 n

Kuala Lumpur - MAIWP pada hari ini melakar sejarah apabila termeterainya kerjasama bersama rakan industri daripada pelbagai bidang bagi melatih anak-anak asnaf.

MAIWP telah menjalin kerjasama dengan enam pihak iaitu Admal Aviation College, Akademik Binaan Malaysia Wilayah Utara, Kat Welding Academy, Azmida Technical College, Autoprima College dan Tan Chong Motor College. Mereka merupakan badan yang menyediakan latihan dalam pembinaan bangunan, kimpalan, elektrikal, automotif dan juga termasuk bidang penerbangan.

Penyerahan dokumen kerjasama telah diadakan dalam Program Transformasi Asnaf (PROTAJ) Baitulmal MAIWP di ibu pejabat MAIWP, Bangunan PERKIM.

Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar ketika berucap di majlis tersebut menyeru kepada semua rakan-rakan industri mahupun badan korporat yang ingin sama-sama membangunkan daya saing golongan asnaf untuk tampil bekerjasama dengan MAIWP.

Dengan termeterainya kerjasama ini di bawah Skim Bantuan Latihan Industri ini, anak-anak asnaf akan menerima latihan dan sesudah tamat latihan itu, mereka diberi jaminan peluang pekerjaan.

“Ini sudah tentunya membolehkan mereka menjana pendapatan untuk membantu keluarga,” ujar beliau.

Melalui fasa pertama, seramai 70 orang pelajar akan mengikut kursus antara 3 hingga 24 bulan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.43 juta.

164121979_4143812119010415_4835179447685366044_o.jpg164147441_4143812152343745_5363986797476771696_o.jpg164401188_4143811989010428_2981606110687840880_o.jpg163392299_4143809069010720_171035369890832110_o.jpg165066762_4143809089010718_2854798896850423307_o.jpg165321635_4143809085677385_2211095233043817289_o.jpg163226869_4143812029010424_4330691189255720759_o.jpg162366196_4143809175677376_6147332880644062900_n.jpgmini_162366196_4143809175677376_6147332880644062900_n.jpg162468744_4143809155677378_3298640648546819902_o.jpg164329514_4143812185677075_9214981517159154394_o.jpg

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP