AYAH SAKIT BUAH PINGGANG, MAK DARAH TINGGI, ANAK PULA SAKIT MENTAL

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2021 03 25 at 15.18.05 1

Encik Johari menghidap penyakit buah pinggang yang kronik manakala isterinya sakit darah tinggi. Kehidupan mereka diuji sekali lagi apabila anaknya pula menghidap sakit mental.

Mereka hanya bergantung kepada upah isteri menjahit sekitar RM500 sebulan.

MAIWP tampil dengan memberikan bantuan zakat setiap bulan berjumlah RM550. Encik Johari turut menerima bantuan hemodialisis MAIWP sejak tahun 2011 yang menampung kos rawatan yang perlu dijalani setiap bulan.

Dalam ziarah Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP bersama Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bantuan makanan harian turut disampaikan kepada keluarga ini.

Terima kasih pembayar zakat, amanah anda kami laksanakan.

{AG}berita/2021/25032021/{AG}

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP