MAIWP AGIH 5,790 TOPI PELINDUNG MUKA

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2021 03 04 at 15.53.03 2

Bangsar – MAIWP telah mengedarkan 5,790 unit Topi Pelindung Muka (Face Shield) secara percuma kepada semua murid Tadika Islam MAIWP (TIM) dan Taska Darul Hanan MAIWP (TDH) di Wilayah-Wilayah Persekutuan dengan peruntukkan berjumlah RM156,330.00.

Bahagian Pembangunan Insan (BPI) MAIWP melalui Unit Prasekolah membuat penyerahan Topi Pelindung Muka ke 44 buah Tadika Islam MAIWP terpilih secara serentak.

Pengurus Bahagian Pembangunan Insan (BPI) MAIWP, Encik Mohd Fauzi Abidin turut turun padang menyampaikan Topi Pelindung Muka ini kepada pelajar di empat lokasi iaitu di Tadika Islam Taman Tun Dr. Ismail, Tadika Islam Sg. Penchala, Tadika Islam Intan dan Tadika Islam Masjid Wilayah Persekutuan.

Usaha ini dilihat dapat membantu golongan asnaf dan B40 di institusi prasekolah MAIWP dan sekali gus dapat mencegah penularan Wabak COVID-19.

MAIWP akan memastikan 79 tadika Islam MAIWP di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kementerian Malaysia.

Setakat ini, Tadika Islam MAIWP telah menerima seramai 5,199 orang murid tahun 5 dan 6 termasuk di Putrajaya dan Labuan. Jumlah ini akan bertambah selepas daripada sesi pendaftaran kali kedua pada 8hb. Mac depan.

mini_WhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.53.03_2.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.53.03_1.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.53.04.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.53.03_2.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.53.03.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.53.29_2.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.53.29_1.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.53.29.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.53.53_2.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.53.53.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.53.53_1.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!