NENEK 100 TAHUN ANTARA DISANTUNI YB MENTERI AGAMA

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2021 03 04 at 15.49.31 2

Kuala lumpur – Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP turun menyantuni asnaf bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli ketika ditemui berkata, pada program asnaf kali ini, MAIWP telah menyantuni tiga buah keluarga dan menyalurkan Bantuan Kecemasan bernilai RM1000 serta bantuan barangan makanan asas kepada setiap keluarga.

Nenek Fatimah Haji Ali berusia 100 tahun menetap di PPR Pudu Ulu kepong terlantar sakit sejak tahun 2014 dan dijaga oleh anaknya.

Atas faktor usia, MAIWP telah mencadangkan Bantuan Perubatan. Bantuan susu, lampin pakai buang dan Bantuan Perubatan untuk nenek Fatimah.

Destinasi menyantuni asnaf diteruskan ke Kg. Chempedak Sentul. Pakcik Aziz menghidap sakit bisul kronik dan kencing manis. Beliau tidak mempunyai pendapatan bulanan dan hidup atas simpati dan pinjaman daripada keluarga dan rakan.

MAIWP telah meluluskan Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Perubatan Am (Dressing Set), Bantuan Peralatan Kesihatan (kerusi roda) dan bantuan pelajaran kepada Pakcik Aziz.

Lokasi terakhir program asnaf kali ini adalah di Flat Seri Perak, Sentul. Pakcik Jaafar, 75 tahun terlantar sakit kerana serangan angin ahmar. Beliau dijaga anak perempuannya yang juga merupakan seorang ibu tunggal dan tidak bekerja.
Puan Azizah amat bersyukur atas bantuan yang disalurkan oleh MAIWP kerana ia amat membantu keluarganya meneruskan kehidupan.

Terima kasih banyak kami ucapkan kepada pembayar zakat MAIWP dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Dengan zakat anda, kami agihkan kepada mereka yang memerlukan.

mini_WhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.49.31_2.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.49.29.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.49.30_1.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.49.30_2.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.49.31_1.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.49.30.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.49.31_2.jpegWhatsApp_Image_2021-03-04_at_15.49.31.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!