πŒπ€πˆπ–π π“π„π‘πˆπŒπ€ ππ„ππ†π„π‘π”π’πˆ 𝐃𝐀𝐍 π€π‡π‹πˆ π˜π€ππ† 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2021 02 24 at 12.57.26

KUALA LUMPUR, 24 Febuari 2020 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang baharu, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar beserta 21 orang ahli MAIWP yang baharu bagi sesi 2021- 2024 berkuatkuasa 10 Februari 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri pada 23 Februari 2021 telah menyerahkan watikah pelantikan kepada barisan ahli MAIWP yang baharu di Kompleks Islam Putrajaya. Turut hadir, Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, 57 tahun, yang kini memegang jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merupakan seorang tokoh dan intelektual kewangan Syariah di mana beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia. Beliau turut aktif dalam menjadi penasihat syariah institusi kewangan di peringkat antarabangsa seperti di Oman, Dubai, Perancis, London dan sebagainya.

Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MAIWP yang baharu.

Selari dengan peruntukan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) [Akta 505], seramai 5 orang ahli Ex-Officio telah dilantik iaitu Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri mewakili Ketua Setiausaha Negara; Tan Sri Idrus bin Harun, Peguam Negara Malaysia; YDH CP Datuk Saiful Azly bin Haji Kamaruddin, Ketua Polis Kuala Lumpur mewakili Ketua Polis Negara, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan Datuk Seri TPr. Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Seramai 6 orang ahli MAIWP dari sesi lepas telah dilantik semula iaitu YAA Dato' Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Hj. Mokhtar, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz bin Rahman, Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Datuk Haji Anwari bin Suri, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz dan Prof Dr. Engku Rabiah Adawiah binti Engku Ali.

Beberapa orang tokoh dan pakar dalam pelbagai bidang juga telah dilantik iaitu Tan Sri Dr. Sulaiman bin Mahbob, Dato’ Rameli bin Musa, Datuk Dr. Mohd Ghazali bin Md. Noor, Datuk Seri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir dan Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Taha.

Turut menganggotai barisan ahli MAIWP yang baharu adalah Dr. Yusri bin Mohamad, Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Tuan Haji Zainal Abidin bin Shaikh Zakaria dan Prof. Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor.

Manakala Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dilantik sebagai Setiausaha MAIWP selaras dengan Akta 505.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!