10 BERADIK TERIMA BANTUAN PENDIDIKAN MAIWP

Saiz Tulisan :

mini tingkatan 3 JPNWP

 

Baru-baru laman media sosial dipenuhi dengan luahan dan ucapan terima kasih penerima-penerima bantuan zakat dari seluruh negara.

Beberapa penerima bantuan zakat MAIWP turut meluahkan rasa terima kasih kepada pembayar zakat yang telah membantu mereka.

Wartawan MAIWP menerusi panggilan video telah berkesempatan menghubungi Qurratu' Aini binti Daud setelah beliau membuat ciapan di laman Twitter yang menyatakan bahawa beliau dan adik beradiknya seramai 10 orang telah dibantu oleh Baitulmal MAIWP menerusi Bantuan Pendidikan.

Ayah Qurratu' Aini iaitu Encik Daud bin Abdullah sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu tadbir kewangan. Kini ayahnya menerima pencen berjumlah RM1900 sebulan. Qurratu' Aini merupakan anak ke-7 dan kini mengikuti pengajian akhir di Universiti Malaysia Kelantan (UMK JELI) dalam bidang Teknologi Bahan.

Qurratu' Aini dikurniakan 10 orang adik-beradik yang mana merupakan penerima Bantuan Pendidikan dan kesemua menerima bantuan daripada MAIWP bermula di peringkat sekolah rendah hingga peringat Universiti.

Bantuan zakat yang diterima Qurratu' Aini amat membantunya dalam memastikan pengajiannya berjalan dengan lancar kerana kos pengajiannya amat tinggi dan ayahnya masih menampung empat beradik yang masih belajar.

Beliau menepis setegas-tegasnya apabila terdapat individu yang menyatakan bahawa institusi zakat tidak memainkan peranannya untuk membantu golongan yang memerlukan.

Bagi beliau segala agihan yang dilaksanakan kini boleh diperolehi di hujung jari melalui hebahan di media sosial.

Qurratu' Aini amat bersyukur atas bantuan yang diterima daripada Baitulmal MAIWP dan baginya pihak Baitulmal MAIWP telah menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin oleh pembayar zakat.

Begitulah MAIWP sebaik mungkin mengagihkan zakat yang dibayar oleh pembayar zakat.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP