MAIWP SALUR RM 5 JUTA ZAKAT KEPADA 4 NEGERI DILANDA BANJIR

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2021 02 10 at 11.51.51

Putrajaya - Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan oleh MAIWP bagi membantu mangsa banjir di 4 buah negeri iaitu Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Setiap negeri menerima RM1.25 juta terdiri daripada bantuan barangan keperluan bernilai RM1 juta dan sumbangan kepada masjid yang terjejas berjumlah RM250,000.

Konvoi misi bantuan banjir MAIWP telah bergerak pada 29 – 31 Januari ke negeri Johor dan Pahang dan diikuti ke negeri Kelantan dan Terengganu pada 4 – 6 Februari.

Pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Setiap negeri yang dilanda banjir menerima sumbangan daripada MAIWP berjumlah RM1.25 juta terdiri daripada barangan keperluan kepada mangsa banjir dan sumbangan kepada masjid yang terjejas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata misi bantuan kali pertama daripada MAIWP ini melibatkan negeri yang telah dikenalpasti hasil kerjasama dengan kerajaan negeri terlibat.

Tambah YB Senator Datuk Dr. Zulkifli, kemampuan MAIWP menyalurkan bantuan ini adalah hasil daripada dana zakat yang diterima daripada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan. Beliau merakamkan setinggi penghargaan di atas komitmen berterusan mereka menunaikan zakat kepada MAIWP.

Di Johor, bantuan telah disampaikan di tiga daerah iaitu Kulai, Kota Tinggi dan Johor Baharu manakala di Pahang, ianya disampaikan di daerah Temerloh dan Jerantut . Di Kelantan, konvoi bergerak ke Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Konvoi terdiri daripada lori dan van yang membawa barangan bantuan dan disertai oleh warga MAIWP sebagai sukaralewan.

Di setiap negeri, sebahagian barangan bantuan dihantar ke lokasi tertentu untuk diagihkan oleh Majlis/ Jabatan Agama Islam Negeri dan sebahagian lagi disampaikan terus kepada mangsa musibah.

mini_WhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.51.51.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.51.57.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.51.59_1.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.51.51.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.51.59.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.52.00_1.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.51.44.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.52.00_2.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.51.54.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.51.58.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.52.01.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.52.04_1.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.52.04.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.52.00.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!