WARGA EMAS TERKEJUT TERIMA ZIARAH JEJAK ASNAF

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2021 02 10 at 11.49.12 2

Perumahan Awam Seri Labuan – Encik Ali Abu Hasan warga emas berusia 71 tahun terkejut menerima ziarah daripada Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP.

Encik Ali kini berhadapan kesukaran dalam perbelanjaan apabila duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah habis digunakan.
Lebih memilukan, beliau mengalami pendarahan dalam mata yang menyebabkan penglihatan kabur dan isterinya pula menghidap strok dari pinggang ke bawah dan hanya terlantar di atas katil.
Keperitan hidup Encik Ali telah dilaporkan oleh jirannya kepada MAIWP menerusi aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA) tanpa dia sendiri mengetahuinya.

“Saya terkejut terima panggilan daripada pegawai MAIWP yang memaklumkan saya bahawa menerima laporan mengenai kesukaran kehidupan yang dilalui saya oleh jiran dan MAIWP terus ambik tindakan sejurus menerima maklumat mengenai saya”, ujar Encik Ali Abu Hasan.

Encik Ali mempunyai dua orang anak yang telah berkahwin dan tinggal berasingan. Anak-anaknya tidak dapat membantu kerana salah seorang telah diberhentikan kerja dan seorang lagi hanya bekerja dengan pendapatan rendah.

Pengurus Baitulmal, Encik Ahmad Talmizi ketika ditemui berkata, MAIWP sentiasa komited dalam menyantuni permasalahan asnaf di Wilayah Persekutuan dan akan menyalurkan beberapa bantuan kepada encik Ali.
Terdapat 30 Skim Bantuan Zakat disediakan oleh MAIWP untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Hari ni pihak Baitulmal MAIWP ziarah pakcik Ali yang memerlukan keperluan seperti susu dan lampin pakai buang untuk isterinya. MAIWP akan membantu dari segi Bantuan Perubatan dan Bantuan Kewangan Bulanan. Bantuan ini diharap dapat dipergunakan sebaik mungkin oleh encik Ali”, Encik Ahmad Talmizi berkata demikian ketika ditemui ketika mengadakan ziarah di rumah encik Ali pada 8 Februari 2021.

mini_WhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.49.12_2.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.49.12_2.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.49.12_1.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.49.13_2.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.49.13.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.49.11.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.49.11_1.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.49.12.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.49.13_1.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.49.14_2.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.49.14.jpegWhatsApp_Image_2021-02-10_at_11.49.14_1.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!