MAIWP PERHALUSI USAHA BANTU MISKIN BANDAR BERSAMA AGENSI BERTANGGUNGJAWAB

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2020 12 24 at 16.30.28

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada hari ini mengadakan Persidangan Meja Bulat bertemakan “Menyantuni Miskin Bandar“.

UNICEF baru-baru ini telah mengeluarkan satu laporan bertajuk ”Families On The Edge”. Laporan ini mengkaji impak COVID-19 kepada keluarga berpendapatan rendah yang mengambil sampel daripada 530 keluarga yang tinggal di projek perumahan awam (PPR) di Kuala Lumpur. Laporan tersebut antaranya menyentuh tentang keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat krisis COVID-19.

Justeru, MAIWP terpanggil untuk mengadakan persidangan ini, bagi mengkaji dan meneliti keberkesanan agihan bantuan yang telah diberikan oleh setiap agensi selama ini dan merangka strategi pengagihan bantuan yang lebih mampan dan bersistematik agar sampai kepada golongan sasar.

Antara agensi yang hadir pada persidangan kali ini adalah Unit Perancang Ekonomi (EPU) , Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pengajian Tinggi, Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan. Agensi lain yang turut dijemput adalah agensi-agensi agama Persekutuan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Wakaf Malaysia dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.

Program ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri yang menyaksikan beberapa resolusi persidangan dibentangkan untuk tindakan selanjutnya. Turut hadir di majlis perasmian adalah Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien AlHabshee dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Akbar bin Haji Samon.

Persidangan sebelum itu dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Abd Aziz bin Rahman, ahli MAIWP.

WhatsApp_Image_2020-12-24_at_16.33.10_2.jpegWhatsApp_Image_2020-12-24_at_16.30.49.jpegmini_WhatsApp_Image_2020-12-24_at_16.30.28.jpegWhatsApp_Image_2020-12-24_at_16.33.11_1.jpegWhatsApp_Image_2020-12-24_at_16.33.11.jpegWhatsApp_Image_2020-12-24_at_16.33.10_1.jpegWhatsApp_Image_2020-12-24_at_16.30.28.jpegWhatsApp_Image_2020-12-24_at_16.31.06.jpegWhatsApp_Image_2020-12-24_at_16.33.12.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP