DULU PENERIMA ZAKAT, KINI PEMBAYAR ZAKAT

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2020 12 18 at 13.37.06 1

Kuala Lumpur, 17 Disember – Komited dalam usaha membangunkan dan mentransformasikan paradigm usahawan asnaf di Wilayah Persekutuan, MAIWP telah melaksanakan Program Tunas Usahawan Baitulmal (TUB).

Pengerusi MAIWP merangkap Pengerusi SME Corp. Malaysia, Dato’ Sri Syed Hussien AlHabshee berkata tujuan utama program TUB adalah untuk mengubah taraf hidup asnaf melalui bidang keusahawanan dan perniagaan dengan tagline ‘ Dari Penerima Zakat Ke Pembayar Zakat’.

Program yang dilancarkan pada 3 April 2019 ini telah disertai seramai 84 orang yang terdiri daripada Usahawan Baitulmal MAIWP.

Daripada jumlah tersebut seramai 18 orang yang mengikuti Program TUB ini telah berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan dan menjadi salah seorang pembayar zakat di Wilayah Persekutuan.

Perkara ini turut dipersetujui Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Datuk Seri Wan Junaidi dalam ucapannya berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui SME Corp telah melaksanakan pelbagai program usahawan-usahawan kecil di Malaysia. Beliau turut menyahut baik program-program yang dibangunkan oleh MAIWP kerana ia memberi impakpositif kepada industri pembangunan Negara.

Program TUB yang dianjurkan oleh MEDAC melalui SME Corp dengan kerjasama MAIWP, menyasarkan usahawan Baitulmal yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan, dan keutamaan diberikan kepada usahawan Baitulmal yang terjejas perniagaannya akibat Covid-19.

Bagi mengukuhkan kerjasama menyediakan latihan dan bimbingan kepada golongan asnaf dan B40, turut berlangsung sesi pertukaran dokumen kerjasama antara SME Corp, MAIWP dan Bank Islam Malaysia Bhd bagi Program TUB dan Program Pembiayaan Mikro yang khusus untuk usahawan mikro daripada golongan B40 dan asnaf yang kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Program Pembiayaan Mikro ini menyediakan latihan keusahawanan dan bantuan pembiayaan pinjaman sehingga RM50,000 bagi membantu usahawan mikro yang terjejas untuk bangkit dan membina semula perniagaan mereka.

mini_WhatsApp_Image_2020-12-18_at_13.37.06_1.jpegWhatsApp_Image_2020-12-18_at_13.37.05_1.jpegWhatsApp_Image_2020-12-18_at_13.37.05_2.jpegWhatsApp_Image_2020-12-18_at_13.37.05.jpegWhatsApp_Image_2020-12-18_at_13.37.06_2.jpegWhatsApp_Image_2020-12-18_at_13.37.06_1.jpegWhatsApp_Image_2020-12-18_at_13.37.06.jpegWhatsApp_Image_2020-12-18_at_13.37.07.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP