KEBAJIKAN ASNAF KEUTAMAAN MAIWP

Saiz Tulisan :

mini DSC09636

Taman Melati, 17 Disember - MAIWP memperuntukan RM4.51 juta hasil Sumber Am khusus untuk Bantuan Beras dan Agihan Makanan kepada golongan asnaf.

Dalam pada masa yang sama elaun Bantuan Kewangan Bulanan yang ditawarkan oleh MAIWP sebelum ini dengan bantuan maksimum RM700 turut dinaikkan kepada RM1,000.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Akbar Haji Samon ketika ditemui berkata, jumlah bantuan akan ditentukan melalui kiraan had kifayah pemohon.

Selain Bantuan Kewangan Bulanan, MAIWP turut membantu mereka yang memerlukan melalui 30 Skim bantuan yang ditawarkan Baitulmal MAIWP antaranya Bantuan Pendidikan, Bantuan Persekolahan dan Bantuan Perubatan.

Mulai tahun hadapan, para penerima Bantuan Kewangan MAIWP akan menerima barangan keperluan asas melalui kedai atau pasar raya terpilih sebagai panel untuk mereka mendapatkan keperluan asas makanan.

Para penerima Bantuan Bulanan turut ditemui dan mereka amat beryukur dengan bantuan yang diterima.

Program Bantuan Beras dan Agihan Makanan ini telah diadakan di Dewan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati.

Hadir sama pada program ini, Timbalan Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya dan Timbalan Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Encik Mahadi Sukarno.

Diharap dengan bantuan yang diterima ini dapat meringankan beban golongan asnaf dari sudut kewangan, keperluan dan kelangsungan hidup.

DSC09614.jpgDSC09636.jpgDSC09622.jpgDSC09582.jpgDSC09632.jpgDSC09626.jpgDSC09611.jpgmini_DSC09636.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP