MENTERI AGAMA JANJI SOKONG USAHAWAN BAITULMAL MAIWP

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2020 11 26 at 13.41.31

Segambut, 26 November – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan komitmen untuk membantu usahawan-usahawan Islam di Wilayah Persekutuan menerusi inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh MAIWP.

Perkara ini dinyatakan ketika beliau mengadakan lawatan ke salah sebuah premis usahawan Baitulmal MAIWP yang mengusahakan produk Mee Masjid.

Datuk Seri Dr Zulkifli turut berpendapat MAIWP telah berjaya membantu Encik Md Sabidi Abdullah keluar daripada kepompong kemiskinan dan menjadi salah seorang penyumbang zakat di Wilayah Persekutuan.

Mee Masjid merupakan produk keluaran syarikat Chempaka Puteh Production yang diasaskan oleh Encik Md Sabidi Abdullah, 71, dan isterinya Puan Siti Samiah Tumiran, 68, sekitar tahun 2011 sebelum perniagaan ini diserahkan kepada anak beliau, Md Shazwan Md Sabidi pada tahun 2014.

Premis Mee Masjid terletak di No. 5, Medan Niaga Masjid Al firdaus Segambut. Pelbagai menu ditawarkan di premis ini yang berasaskan produk asasnya iaitu mee seperti mee bandung, mee hailam, mee sup dan banyak lagi.

Selain itu permintaan terhadap Mee Masjid itu sendiri mendapat sambutan yang amat memberangsangkan terutamanya dalam kalangan pengguna Muslim kerana produk ini menawarkan produk mee kuning dengan kualiti bagus dan tanpa keraguan dari segi kesucian dan halal.

Pengasas Mee Masjid, Encik Md Sabidi Abdullah amat bersyukur atas kunjungan YB Menteri Agama atas kesudian melawat perniagaan yang diusahakan beliau dan keluarga.

Beliau turut bersyukur kerana masih mendapat bantuan dan sokongan dari pihak MAIWP walaupun kini beliau telah berjaya keluar dari kepompong kemiskinan.

mini_WhatsApp_Image_2020-11-26_at_13.41.31.jpegWhatsApp_Image_2020-11-26_at_13.41.28_1.jpegWhatsApp_Image_2020-11-26_at_13.41.29.jpegWhatsApp_Image_2020-11-26_at_13.41.28.jpegWhatsApp_Image_2020-11-26_at_13.41.31.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!