KEPAYAHAN MEMBESARKAN 11 ORANG ANAK, SATU DARIPADANYA OKU

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2020 11 16 at 11.54.12

16 November 2020 (Isnin), Membesarkan 11 orang anak bukanlah perkara mudah bagi En. Izzat namun beliau tetap tabah menghadapi ujian ini dengan rasa syukur dan redha. Keadaan bertambah sukar apabila salah seorang daripada anaknya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) sejak lahir lagi.

En.Izzat yang dulunya bekerja terpaksa berhenti sejak 8 tahun lalu memandangkan anaknya itu memerlukan kepada penjagaan rapi. Kini mereka sekeluarga hanya bergantung dengan pendapatan isteri yang bekerja sebagai kerani di salah sebuah syarikat swasta.

Walaupun isterinya bekerja namun pendapatan yang diperolehi mereka tidak mencukupi bagi menampung keperluan perubatan anak OKU itu. En. Izzat berasa lega dengan Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP yang diterima mereka sejak tahun 2011 itu, banyak membantunya meringankan perbelanjaan sara hidup.

Menerusi ziarah Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP bersama Pengurus Baitulmal iaitu YBrs. Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya telah bersetuju mempertimbangkan Bantuan Perubatan Am bagi menampung keperluan susu dan pampers anak OKU En. Izzat. Beliau menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kebersediaan Baitulmal MAIWP membantunya.

mini_WhatsApp_Image_2020-11-16_at_11.54.12.jpegWhatsApp_Image_2020-11-16_at_11.54.09.jpegWhatsApp_Image_2020-11-16_at_11.54.10_1.jpegWhatsApp_Image_2020-11-16_at_11.54.10.jpegWhatsApp_Image_2020-11-16_at_11.54.12.jpegWhatsApp_Image_2020-11-16_at_11.54.12_1.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP