ATUK BERSAMA SEORANG CUCU SEDIH ANAK YANG DIHARAPKAN TERJEBAK NAJIS DADAH

Saiz Tulisan :

mini 124709748 1742445659267567 720619672945731959 o

12 November 2020 (Khamis) - Luluh hati seorang bapa apabila semua anak yang sepatutnya menjadi tempat pergantungan hidup tetapi terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Semua anaknya telah ditahan oleh pihak berkuasa dan sedang menunggu keputusan perbicaraan mahkamah.

Keadaan bertambah sukar apabila salah seorang diantara mereka meninggalkan cucu untuk ditanggung oleh Pakcik Sofie. Pakcik Sofie, 69 sebelum ini menyara dirinya dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan secara sambilan. Namun sejak daripada sebulan yang lalu beliau telah ditamatkan perkhidmatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP mendapati Pakcik Sofie pernah menerima Bantuan Kewangan Bulanan dan Bantuan Sewa Rumah Bulanan pada tahun 2017 yang lalu tetapi bantuan tersebut tidak diteruskan oleh sebab tidak dibuat penyambungan. Pakcik Sofie ketika ditemui berkata beliau sejak sebulan kebelakangan ini hanya mengharapkan ehsan daripada rakan-rakan dan juga jiran tetangga bagi kelangsungan hidup dirinya dan juga cucu beliau.

Pakcik Sofie menarik nafas lega apabila mendengar skuad menyatakan beliau akan dibantu semula melalui Bantuan Kewangan Bulanan dan Bantuan Sewa Rumah Bulanan dalam masa terdekat ini. Selain itu, Baitulmal MAIWP juga akan mempertimbangkan Bantuan Menyelesaikan Hutang bagi menjelaskan tunggakan sewa rumah dan bil ultilitinya.

Terima Kasih Pembayar Zakat

124441615_1742446215934178_5861026326764903731_n.jpg124709748_1742445659267567_720619672945731959_o.jpgmini_124709748_1742445659267567_720619672945731959_o.jpg124651640_1742446132600853_6021836072532983127_o.jpg124823793_1742446039267529_8014084993288519991_o.jpg125005772_1742445942600872_5180013230361942168_o.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP