MUSAADAH COVID-19 MAIWP SALUR RM15,300 KEPADA 51 KELUARGA DI PPR KERINCHI

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2020 10 13 at 16.09.12

PPR Kerinchi, 10 Oktober – MAIWP melalui Bahagian Baitulmal menyantuni 51 Keluarga Penduduk Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi sejurus menerima perkhabaran mengenai mereka yang dikenakan Kuarantin Wajib di rumah.

Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya kepada wakil Majlis Perwakilan Penduduk Zon Lembah Pantai, Datuk Haji Mohamad b Abdullah.

Encik Mohd Nizam ketika ditemui berkata, MAIWP telah menyalurkan bantuan tunai berjumlah RM15,300 untuk disalurkan kepada 51 keluarga yang terlibat dengan musibah tersebut. Manakala Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut menyalurkan bantuan keperluan asas seperti beras, minyak dan makanan asas.

Pada masa yang sama beliau turut berharap agar wakil-wakil majlis perwakilan penduduk dapat bekerjasama bersama MAIWP untuk menyalurkan maklumat penduduk yang terjejas agar MAIWP dapat menyantuni mereka.

Datuk Haji Mohamad, berterima kasih kepada MAIWP kerana proaktif dalam menyalurkan bantuan zakat kepada mereka yang dalam kesusahan.

Hadir sama pada majlis sumbangan ini Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, Encik Abdul Roni Tahir.

Sebelum ini, penduduk PPR Kerinchi di selubungi kebimbangan risiko jangkitan COVID-19 apabila terdapat penduduk kawasan berkenaan dijangkiti wabak tersebut.

Proses sanitasi dan kuarantin hanya dikenakan ke atas penduduk yang menetap di tingkat 14 hingga tingkat 17 Blok A PPR Kerinchi.

mini_WhatsApp_Image_2020-10-13_at_16.09.12.jpegWhatsApp_Image_2020-10-13_at_16.09.12.jpegWhatsApp_Image_2020-10-13_at_16.09.12_2.jpegWhatsApp_Image_2020-10-13_at_16.09.12_1.jpegWhatsApp_Image_2020-10-13_at_16.09.13.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP