MAIWP LAHIRKAN ANAK ASNAF CEMERLANG

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2020 09 10 at 1.26.07 PM

Kuala Lumpur, 10 September – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bertanggungjawab mengagihkan zakat yang dibayar oleh para pembayar zakat Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP). Pelbagai skim agihan bantuan zakat telah diwujudkan bagi membantu golongan asnaf termasuk bantuan daripada aspek pendidikan.

Daripada 30 skim bantuan zakat yang ditawarkan, sebanyak 11 skim adalah bagi tujuan pendidikan bermula daripada peringkat sekolah sehingga peringkat pengajian tinggi.

Bantuan pendidikan yang disalurkan kepada anak-anak keluarga asnaf telah berjaya membantu mereka cemerlang dalam pelajaran.

Pada hari ini, MAIWP telah menyampaikan anugerah kepada para pelajar yang menerima bantuan zakat pendidikan dan telah mencatatkan kecemerlangan dalam pelajaran.

Anugerah telah disampaikan oleh Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien AlHabshee dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Baitulmal MAIWP diadakan di ibu pejabat MAIWP, Kuala Lumpur. Majlis diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang menerima bantuan zakat daripada Baitulmal MAIWP dan telah menunjukkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki.

Seramai 269 orang pelajar telah terpilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik Baitulmal MAIWP

Mereka menerima sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah antara RM200 hingga RM600 mengikut peringkat peperiksaan masing-masing berjumlah keseluruhan RM90,000.00.

Majlis pada hari ini turut menganugerahkan Ikon Pelajar Baitulmal kepada Cik Fatin Nadhirah Mohammad Fadzli. Beliau cemerlang dari segi sahsiah, korikulum dan akademik. Antara anugerah yang diterima Anugerah Graduan Terbaik Program Konvonsekyen UITM, Anugerah Tokoh Akademik Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, Ketua Projek ke MEASAT, Pengarah Teater untuk Pertandingan Bahasa Arab Peringkat Universiti serta pelbagai anugerah yang membanggakan.

Dana zakat yang diterima daripada para pembayar zakat PPZ-MAIWP dimanfaatkan oleh MAIWP menerusi pelbagai program agihan antaranya menerusi 30 skim agihan zakat. Bagi bantuan zakat di bawah aspek pendidikan,

Bagi tahun 2020 ini, MAIWP telah membantu seramai 21,641 orang pelajar di sekolah rendah dan menengah menerusi Bantuan Am Persekolahan dengan jumlah perbelanjaan zakat sebanyak RM12.081 juta.

Dalam majlis ini juga, PTPTN turut menyumbangkan dana wakalah sebanyak RM75,000 kepada 750 orang anak-anak asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan dengan jumlah sumbangan RM100 setiap seorang.

Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki bin Abdul Majid dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Encik Mohd Nizam Haji Yahya.

WhatsApp_Image_2020-09-10_at_1.24.16_PM.jpegmini_WhatsApp_Image_2020-09-10_at_1.26.07_PM.jpegWhatsApp_Image_2020-09-10_at_1.24.15_PM.jpegWhatsApp_Image_2020-09-10_at_1.24.07_PM.jpegWhatsApp_Image_2020-09-10_at_1.26.07_PM.jpegWhatsApp_Image_2020-09-10_at_1.24.12_PM.jpegWhatsApp_Image_2020-09-10_at_1.24.14_PM.jpegWhatsApp_Image_2020-09-10_at_1.26.10_PM.jpegWhatsApp_Image_2020-09-10_at_1.24.17_PM.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP