TIMBALAN MENTERI DI JPM MENGADAKAN LAWATAN KE MAIWP

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2020 09 08 at 3.49.41 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Tuan Haji Ahmad Marzuk Shaary telah mengadakan lawatan ke MAIWP. Lawatan ini adalah lawatan rasmi kali pertama beliau setelah dilantik sebagai YB Timbalan Menteri pada Mac 2020.

Kehadiran beliau disambut oleh Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien AlHabshee dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Akbar Haji Samon.

Sempena lawatan tersebut, YB Tuan Haji Ahmad Marzuk telah diberi taklimat berkaitan fungsi dan peranan MAIWP dalam melaksanakan agenda pembangunan ummah di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada MAIWP atas program-program yang telah dilaksanakan. Pada masa yang sama, beliau berharap MAIWP dapat terus meningkatkan prestasi agar lebih berdaya saing dan lebih dikenali.

Beliau juga kagum dengan program latihan usahawan hasil kerjasama MAIWP dan SME Corp yang dikenali sebagai ‘Asnafpreneur’ untuk melatih usahawan dalam kalangan asnaf bagi meningkatkan daya saing perniagaan mereka.

YB Tuan Haji Ahmad Marzuk bersetuju dengan saranan Pengerusi MAIWP agar program ini dapat dikongsikan dengan pusat zakat di negeri-negeri lain agar lebih ramai asnaf dapat dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan dan akhirnya menjadi pembayar zakat.

Pada akhir lawatan, beliau telah dibawa melihat dengan lebih dekat operasi kaunter agihan zakat Baitulmal MAIWP.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP