BUDAYA KERJA BERPASUKAN LAHIR ORGANISASI BERJAYA

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2020 07 28 at 10.36.36 AM

Kuala Lumpur, 28 Julai – Semangat kerja berpasukan tanpa mengira unit mahupun bahagian akan meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan yang disalurkan oleh setiap organisasi.

Perkara ini ditekankan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Akbar Haji Samon ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Julai MAIWP yang telah diadakan di Dewan Seminar Bangunan Perkim Kuala Lumpur.

Beliau turut berharap agar kakitangan MAIWP dapat membantu antara satu sama lain bagi melancarkan proses kerja .

Pada majlis ini, Datuk Haji Akbar turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) yang telah menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa sebagai institusi cemerlang dengan dianugerahkan Pearson LCCI Centre Award 2020-Gold.

Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP Encik Mohd Nizam Yahya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP Encik Mahadi Sukarno.

MAIWP telah menerima Wakaf Pendidikan Integrated Holistic Educatian System (IHES) pada Jun lalu. Oleh demikian, pada majlis pada hari ini turut diadakan lafaz akad wakaf antara MAIWP yang diwakili YBhg. Datuk Haji Akbar dan Pengerusi Eksekutif IHES Endowment (WAQAF) Development Berhad, YBhg. Prof. Dr. Haji Hasni B Mohamed.

Turut diraikan dua orang guru tadika MAIWP yang telah bersara iaitu Puan Zainab Jobok dan Puan Noor Aini Osman.

Seramai 8 orang warga MAIWP turut menerima Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan (APBB) bagi bulan Januari dan Februari 2020.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah berjaya mengharumkan nama MAIWP. Semoga prestasi ini dapat dipertingkat dari semasa ke semasa oleh setiap institusi yang berada di bawah MAIWP.

WhatsApp_Image_2020-07-28_at_10.36.07_AM.jpegmini_WhatsApp_Image_2020-07-28_at_10.36.36_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-28_at_10.36.11_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-28_at_10.36.12_AM_1.jpegWhatsApp_Image_2020-07-28_at_10.36.04_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-28_at_10.36.10_AM_1.jpegWhatsApp_Image_2020-07-28_at_10.36.29_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-28_at_10.36.08_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-28_at_10.36.30_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-28_at_10.36.36_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-28_at_10.36.29_AM_1.jpegWhatsApp_Image_2020-07-28_at_10.36.38_AM_1.jpegWhatsApp_Image_2020-07-28_at_10.36.10_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-28_at_10.36.12_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-28_at_10.36.37_AM.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP