50 PEMILIK KENDERAAN TERBAKAR TERIMA BANTUAN MAIWP

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2020 07 27 at 9.21.42 AM

Gombak, 23 Julai – Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Akbar Haji Samon turun padang menyantuni pemilik kenderaan yang mana musnah ekoran kebakaran pada 6 Julai lalu yang berlaku pada jam 5.05 pagi.

Pada kejadian tersebut sebanyak 47 buah motosikal dan 12 buah kereta musnah di kawasan parkir Blok 41, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Kuala Lumpur dan mengakibatkan kerugian berjumlah RM60,500.00.

Atas amanah para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Akbar telah menyampaikan bantuan musibah kepada 50 orang mangsa di Dewan Serbaguna Blok 43, PPR Gombak Setia Kuala Lumpur.

Bantuan yang disalurkan berjumlah RM1,000.00 sehingga RM2,000.00 mengikut tahap kerosakan kenderaan yang dialami oleh mangsa.

Tambah Datuk Haji Akbar, MAIWP telah membangunkan Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA) untuk memudahkan orang ramai melaporkan kepada Skuad Jejak Asnaf Baitulmal mengenai mereka yang dalam kesusahan di Wilayah Persekutuan.

Sehingga kini, Baitulmal MAIWP telah menerima sebanyak 52 laporan menerusi MoJA ini dengan seramai 270 orang telah memuat turun aplikasi tersebut.

Orang ramai khususnya di Wilayah Persekutuan boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play Store dan sama-sama membantu menyalurkan maklumat tentang mereka yang dalam kesusahan agar dapat disantuni semaksimum mungkin oleh MAIWP.

Mangsa kebakaran amat bersyukur dengan sumbangan yang diberikan oleh MAIWP dan akan menggunakan sumbangan yang diterima sebaik mungkin seperti membeli motosikal baharu untuk memudahkan pergerakan ke tempat kerja.

mini_WhatsApp_Image_2020-07-27_at_9.21.42_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-27_at_9.21.38_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-27_at_9.21.37_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-27_at_9.21.39_AM_1.jpegWhatsApp_Image_2020-07-27_at_9.21.39_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-27_at_9.21.40_AM_2.jpegWhatsApp_Image_2020-07-27_at_9.21.40_AM_1.jpegWhatsApp_Image_2020-07-27_at_9.21.40_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-27_at_9.21.42_AM_1.jpegWhatsApp_Image_2020-07-27_at_9.21.41_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-27_at_9.21.42_AM.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP