MAIWP SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2020 07 20 at 10.37.40 AM 1

Kuala Lumpur, 19 Julai - MAIWP menyalurkan bantuan kecemasan sebanyak RM2,000 dan kit Musibah kepada sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Taman Batu Muda.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi MAIWP, Dato’ Seri Syed Hussien Al-Habshee kepada mangsa kebakaran Johari Latif dan isteri Khalijah Ghazali.

Dato’ Seri Syed Hussien yang ditemui berkata MAIWP akan merujuk isu penempatan bagi keluarga tersebut kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar dapat menempatkan keluarga ini di rumah PPR.

“Saya bekerjasama dengan Biro Kebajikan Bersatu Bahagian Batu dan akan merujuk kepada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), bagaimana hendak menempatkan keluarga ini, mungkin rumah PPR (Program Perumahan), supaya mereka dapat berteduh”, Ujar Dato’ Seri Syed Hussien.

Kit Musibah yang diberikan kepada mangsa mengandungi barangan keperluan diri seperti barangan mandi, pakaian, telekung dan bantuan makanan.

Johari Latif dan keluarganya tinggal sehelai sepinggang, apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran Ahad lalu dalam kejadian pada jam 5.30 pagi, yang berpunca daripada ubat nyamuk.

Khalijah amat bersyukur kerana MAIWP merupakan agensi pertama yang hadir menyalurkan bantuan kepada mereka di saat mereka hilang arah.

Pada program ini, Dato’ Seri Syed Hussien turut memberi penekanan kepada Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA) yang dibangunkan oleh MAIWP di mana ia akan diperluaskan menerusi hebahan di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

Ia akan meningkatkan matlamat untuk melibatkan masyarakat sebagai penyalur maklumat menerusi aduan secara dalam talian itu belum mencapai sasarannya.

Terdahulu, pelancaran aplikasi MoJA dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di ibu pejabat MAIWP di bangunan Perkim, 23 Jun lalu.

MoJA adalah usaha MAIWP untuk memaksimakan agihan zakat di Wilayah Persekutuan menerusi penyaluran maklumat awam membantu MAIWP mengesan potensi asnaf.

mini_WhatsApp_Image_2020-07-20_at_10.37.40_AM_1.jpegWhatsApp_Image_2020-07-20_at_10.37.36_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-20_at_10.37.38_AM_2.jpegWhatsApp_Image_2020-07-20_at_10.37.37_AM_1.jpegWhatsApp_Image_2020-07-20_at_10.37.38_AM_1.jpegWhatsApp_Image_2020-07-20_at_10.37.39_AM_1.jpegWhatsApp_Image_2020-07-20_at_10.37.37_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-20_at_10.37.38_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-20_at_10.37.39_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-20_at_10.37.40_AM.jpegWhatsApp_Image_2020-07-20_at_10.37.40_AM_1.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP