MAIWP LANCAR APLIKASI MoJA

Saiz Tulisan :

mini DSC04045

Kuala Lumpur, 23 Jun – Buat julung-julung kalinya MAIWP telah memperkenalkan satu aplikasi bagi memudahkan pengesanan dan pelaporan asnaf yang dikenali sebagai Aplikasi Mobile Jejak Asnaf atau secara ringkasnya MoJA.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Majlis Penyerahan Bantuan Aktiviti Dakwah Dan Kebajikan serta Pelancaran Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA).

MoJA merupakan aplikasi mudah alih bagi memudahkan orang awam melaporkan asnaf yang memerlukan bantuan kepada Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

YB Datuk Dr Zulkifli turut menyeru orang ramai khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menjadi “sahabat MAIWP’ membantu melaporkan mereka yang dalam kesusahan dengan muat turun aplikasi ini di Google Play Store dan Apple Apps Store.

Aplikasi ini yang dilengkapi dengan ciri-ciri pengesanan lokasi GPS memudahkan lagi Skuad untuk turun padang terus ke lokasi yang dilaporkan.

Pengadu juga boleh mengambil gambar dan memuat naik menerusi aplikasi tersebut untuk memudahkan lagi rujukan oleh Skuad Jejak Asnaf.

Aplikasi ini menjadi bukti komitmen MAIWP dalam menunaikan amanah para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan.

DSC04091.jpgmini_DSC04045.jpgDSC04045.jpgDSC03939.jpgDSC04080.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!