RM1.59 JUTA UNTUK DAKWAH DAN KEBAJIKAN.

Saiz Tulisan :

mini DSC04024

Kuala Lumpur, 23 Jun –MAIWP telah menyalurkan RM1.59 juta dana zakat kepada 46 buah institusi terdiri daripada 32 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO), 9 buah Pusat Tahfiz dan 9 buah Rumah Kebajikan di Wilayah Persekutuan.

Sumbangan di bawah Aktiviti Dakwah dan Kebajikan ini telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Dewan Seminar, Bangunan Perkim Kuala Lumpur.

Menurut YB Datuk Dr. Zulkifli, Bantuan Aktiviti Dakwah dan Kebajikan merupakan salah satu daripada 28 skim bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP.

Bantuan ini menjadi bukti komitmen MAIWP dalam membantu dan menyokong NGO untuk merancakkan lagi aktiviti dakwah dan kebajikan khususnya di Wilayah Persekutuan ini.

Antara institusi yang menerima bantuan ini adalah Global Unity Network, Persatuan Cina Muslim Cawangan Wilayah Persekutuan (MACMA WP), Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Malaysia (PERTIS), Persatuan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA), Rumah Amal Asnaf Al-Barakh dan Maahad Ad Dirasatil Islamiyyah.

Menerusi skim bantuan ini MAIWP akan menyalurkan bantuan zakat kepada NGO dan institusi dakwah dan kebajikan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kepada golongan sasar yang menjadi tumpuan setiap institusi.

Selain penyerahan bantuan tersebut, MAIWP turut melancarkan Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA) yang akan memudahkan lagi orang ramai untuk melaporkan kepada MAIWP tentang mereka yang dalam kesusahan di Wilayah Persekutuan.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien AlHabshee dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Akbar Haji Samon.

DSC03971.jpgDSC03973.jpgDSC03982.jpgDSC03989.jpgDSC03959.jpgDSC03987.jpgDSC03935.jpgDSC03999.jpgDSC03974.jpgDSC04017.jpgmini_DSC04024.jpgDSC04024.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP