PELANCARAN PROGRAM PEMBIAYAAN MIKRO ITEKAD

Saiz Tulisan :

mini 96678922 3242049632520006 3836660810541694976 n

Putrajaya ,14 Mei 2020 – Pada hari ini telah berlangsungnya pelancaran Program Pembiayaan Mikro iTekad hasil kerjasama MAIWP, Bank Islam Malaysia Berhad dan SME Corp.

Program Pembiayaan Mikro iTekad yang merupakan program kewangan sosial yang bertujuan untuk menyokong dan memudahkan pembiayaan bagi usahawan mikro B40 dan asnaf yang kehilangan punca pendapatan dan perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri di Kompleks Islam Putrajaya dan turut dihadiri oleh Encik Mohd Nizam bin Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP (Operasi) MAIWP mewakili Datuk KPE.

Ini selari dengan pengumuman YAB Perdana Menteri ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020 yang memperkenalkan program kewangan sosial antara Majlis Agama Islam Negeri, institusi perbankan Islam dan rakan-rakan pelaksana utama untuk membantu usahawan B40 dan rakyat yang hilang mata pencarian ekoran COVID-19.

Bagi fasa pertama, MAIWP telah dinamakan untuk memulakan program ini dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad dan akan diumumkan nanti bentuk program.

#maiwp #musaadahcovid19 #covid19

[AG}berita/2020/20052020-3{/AG}

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP