MUSAAADAH MAIWP RAMADAN PARLIMEN BATU

Saiz Tulisan :

mini 96387745 3248311388560497 7974955469179453440 n

Jumaat, 15 Mei 2020- Program Musaadah MAIWP Ramadan diteruskan lagi di Parlimen Batu, Cheras, Wangsa Maju dan Titiwangsa.

Seramai 10 orang telah menerima bantuan daripada MAIWP yang disampaikan oleh Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan MAIWP, Encik Abd Karim bin Mohamed @ Ismail dan Timbalan Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan MAIWP, Encik Mohd Rodzi bin Osman.

Mereka telah menziarahi dan menyantuni keluarga di PPR Laksamana, PPR Pekan Batu, Taman Batu Muda, Kg. Chubadak Tengah, Taman Keramat dan Kg. Cheras Baru.

Penerima terdiri daripada dua kategori. Kategori pertama adalah bantuan berbentuk wang tunai iaitu Bantuan Kecemasan Khas Covid19 kepada yang terjejas pendapatan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Kategori penerima kedua pula adalah penerima Bantuan Kewangan Bulanan sedia ada di mana mereka menerima beras serta barangan keperluan daripada peruntukan bayaran fidyah.

Pada tahun ini, sebanyak RM4.36 juta fidyah dibelanjakan oleh MAIWP.

#maiwp #musaadahcovid19 #zakatmaiwp #zakat #maiwpprihatin #covid19

96288024_3248311715227131_2635916567375773696_n.jpg96387745_3248311388560497_7974955469179453440_n.jpg96947131_3248311565227146_5098552941187432448_n.jpgmini_96387745_3248311388560497_7974955469179453440_n.jpg97215715_3248311645227138_9137554879428952064_n.jpg97125085_3248311521893817_1046049013041725440_n.jpg97058796_3248311795227123_6048472133649039360_n.jpg97088516_3248311461893823_3440665878117482496_n.jpg

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP