SAMBUTAN HARI GURU MAIWP DALAM TALIAN

Saiz Tulisan :

mini PRO 0020

18 Mei - Sebagai menghargai jasa warga pendidik khususnya yang bertugas di bawah institusi pendidikan MAIWP, Sambutan Hari Guru pada tahun ini diteruskan oleh MAIWP secara dalam talian.

Sambutan menerusi platform Live Facebook membolehkan para guru mendengar amanat daripada Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Haji Akbar bin Haji Samon.

Dalam perutusannya, beliau menyentuh tema Hari Guru tahun ini iaitu Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu yang menuntut warga pendidik dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selain itu, beliau juga menyeru agar semua guru MAIWP mematuhi segala SOP keselamatan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau turut berdoa agar semua guru MAIWP terus dilimpahi rahmat dan diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T untuk terus istiqamah mendidik anak bangsa membangun jiwa untuk melahirkan insan cemerlang dunia dan akhirat.

Tidak lupa juga titipan doa beliau agar wabak COVID-19 yang sedang melanda negara dan dunia pada ketika ini terhapus dengan segera.

PRO_0019.JPGPRO_0020.JPGPRO_0010.JPGmini_PRO_0020.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP