MENTERI AGAMA MULAKAN TUGAS DENGAN SOLAT DHUHA

Saiz Tulisan :

mini DSC01951

Putrajaya, 12 Mac - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memulakan tugasnya dengan solat duha diikuti solat hajat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Beliau tiba di perkarangan masjid pada jam 8.45 pagi diiringi timbalannya, Ahmad Marzuk Shaary dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya.

Datuk Seri Zulkifli hadir di Masjid Tuanku Mizan sempena Majlis Kesyukuran dan Amanat yang akan disampaikan oleh beliau kepada kakitangan agensi-agensi agama di bawah seliaannya sempena pelantikan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baharu berkuat kuasa 10 Mac 2020.

Sebelum ini Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan Mufti Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Majlis MAIWP.

Warga MAIWP mengucapkan sekalung tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baharu, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri atas pelantikan ini.

DSC01951.jpgDSC02027.jpgDSC02012.jpgDSC02000.jpgDSC02028.jpgDSC01982.jpgmini_DSC01951.jpgDSC02061.jpgDSC02074.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP