MAIWP MENGORAK LANGKAH DALAM MEMPERKASAKAN WAKAF DI MAIWP

Saiz Tulisan :

mini Pic 3

Kuala Lumpur, 14 Februari - Mentransformasikan peranan wakaf dalam pendidikan tinggi, MAIWP melalui Bahagian Pembangunan Insan (BPI) telah mengadakan Bengkel Penubuhan Universiti Wakaf MAIWP di Dewan Seminar Tamu Hotel & Suite, Kuala Lumpur.

Bengkel ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan MAIWP Encik Mahadi Sukarno,. Tujuan utama bengkel ini adalah membentangkan Kertas Cadangan Konsep Pelaksanaan Universiti Wakaf MAIWP melalui pemerkasaan Pusat Wakaf Intelek dan MyRahmah untuk kelestarian dana Universiti Wakaf MAIWP.

Selain itu, Roadmap penubuhan Universiti Wakaf MAIWP (UWM) dalam tempoh lima tahun melalui pemerkasaan Pusat Wakaf MyRahmah, Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS dan Pusat Wakaf Intelek, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) yang akan di naik taraf pada tahun 2020.

Di samping itu, turut diadakan pembentangan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pemandu Penubuhan Universiti MAIWP tahun 2020 yang dipengerusikan oleh Mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Haji Mohamad Nordin Ibrahim, untuk tujuan pelaksanaan.

Turut serta menghadiri bengkel ini adalah Pengurus-pengurus Bahagian dan Ahli Jawatankuasa Pemandu Penubuhan Universiti Wakaf MAIWP.

Pelaksanaan bengkel penubuhan Universiti Wakaf MAIWP ini diharapkan dapat memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi negara yang berasaskan wakaf yang akhirnya dapat memperkasakan sosio ekonomi di Malaysia.

mini_Pic_3.jpgPic_1.jpgPic_2.jpgPic_3.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP