WATIKAH PELANTIKAN JURULATIH LUAR : DEMI KECEMERLANGAN MIISMAM DAN KESSUMA

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2020 03 04 at 3.20.35 PM

Kuala Lumpur, 28 Februari 2020 - Unit Pendidikan Menengah, Bahagian Pembangunan Insan telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jurulatih Luar Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) dan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan 2020 di Dewan Seminar Aras 1, MAIWP.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Insan Mohd Fauzi Abidin. Turut hadir pada majlis ini Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan Wan Maizatun Wan Hassan, , warga pendidik Sekolah-sekolah Menengah Agama MAIWP (SMAM) serta pegawai-pegawai MAIWP.

Seramai 152 orang pelajar akan mewakili Kontinjen Wilayah Persekutuan dalam KESSUMA, manakala seramai 78 orang pelajar pula dalam MIISMAM. Justeru itu, MAIWP telah melantik seramai 22 orang jurulatih luar yang berpengalaman dan seramai 80 orang daripada guru-guru SMAM pula dilantik sebagai penyelaras acara yang merangkumi sebelas(11) acara MIISMAM dan tujuh(7) acara KESSUMA.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada jurulatih luar yang dilantik dan penyerahan bendera Wilayah Persekutuan kepada tiga(3) orang guru sebagai Chef De Mision:

1. KESSUMA : Gabungan Encik Muhammad Haikal bin Abdul Hamid (PMA) dan Encik Muhammad Yusof bin A.Kadir (MSN)

2. Mahrajan Memanah : Puan Rafidah binti Kamsan (GPK Koko SMA MAIWP)

3. MISSMAM : Encik Idris bin Yusof (GPK Koko SMISTA)

Harapannya untuk tahun 2020, Kontinjen Wilayah Persekutuan mampu memberi persaingan yang sengit dan hebat kepada negeri-negeri lain dan seterusnya melakar kejayaan.

mini_WhatsApp_Image_2020-03-04_at_3.20.35_PM.jpegMajlis_serahan_watikah_2.jpgMajlis_Serahan_Watikah_1.jpgmajlis_serahan_watikah_4.jpgWhatsApp_Image_2020-03-04_at_3.25.00_PM.jpegWhatsApp_Image_2020-03-04_at_3.20.35_PM.jpeg

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP