STAM 2019: CALON INSTITUSI PENDIDIKAN MAIWP CATAT KEPUTUSAN MEMBERANGSANGKAN

Saiz Tulisan :

mini DSC 0111

Batu Caves, 22 Januari – Keputusan STAM Pondok Moden Al Abaqirah (PMA-MAIWP) 2019 menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.06 berbanding 2.34 bagi tahun 2018.
Seorang pelajar PMA MAIWP menerima keputusan cemerlang Mumtaz Sofi, manakala sembilan pelajar menerima keputusan Mumtaz dari kalangan 28 pelajar yang telah menduduki peperiksaan STAM 2019

Majlis Penyampaian Keputusan STAM 2019 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP, Wan Maizatun Wan Hassan di Kompleks Darul Kifayah.
Menurut Wan Maizatun usaha yang dibuat oleh MAIWP dan para pengajar yang cukup komited telah melahirkan kejayaan yang luar biasa dalam keputusan STAM tahun 2019.
Sementara itu, Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA – MAIWP) mencatatkan GPS keseluruhan 2.33 dari kalangan 35 calon yang merupakan kumpulan pelajar SMA-MAIWP menduduki STAM dengan 6 daripada mereka mendapat MUMTAZ.

Pelajar PMA MAIWP yang menerima keputusan Mumtaz Sofi, Muhammad Furqan dan ibunya Mazni Mohamad yang ditemui wartawan MAIWP berkata tiada kata yang mampu diungkap dan mereka amat bersyukur dengan keputusan yang diterima.
‘’Saya berasa sangat teruja dan bersyukur kepada Allah SWT. Persediaan saya untuk STAM saya berasa amat gementar dan saya tidak tahu keputusan yang bakal diterima alhamdulillah dengan izin Allah saya mendapat 10 Mumtaz. Yang penting usaha dan tawakal’’ ujar beliau.

Pelajar PMA yang memperolehi keputusan Mumtaz turut ditemui dalam berkongsi kegembiraan atas kejayaan mereka.
‘’Saya pada hari ini telah dihadap satu perasaan yang gementar pada awalnya dan apabila keputusan itu diumumkan gementar itu hilang alhamdulillah. Tibanya rasa syukur dalam hati (lepas tu dia selawat)’’.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar PMA kerana telah mendapat keputusan cemerlang dalam STAM 2019.

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP